Ciri Morfologi Diagnosis Debunga Bruguiera, Ceriops, Kandelia dan Rhizophora (Rhizophoraceae) di Semenanjung Malaysia
T. Noraini, Amirul-Aiman A.J., A. B. Mohd-Arrabe', Nurul-Aini C.A.C.
Abstract
Open-access reader

Famili Rhizophoraceae ialah famili tumbuhan utama di hutan paya bakau dengan 16 genus dan 120 spesies dan di Semenanjung Malaysia terdapat tujuh genus dan 17 spesies.Kajian palinologi masih kurang dijalankan di hutan paya bakau untuk melihat kepentingan ciri morfologi debunga dan adaptasinya terhadap persekitaran.Objektif kajian ini ialah untuk menyenaraikan ciri umum, variasi dan ciri diagnosis morfologi debunga antara spesies dan genus dalam famili Rhizophoraceae di Semenanjung Malaysia.Kaedah kajian melibatkan teknik asetolisis, pencerapan di bawah mikroskop cahaya dan mikroskop imbasan elektron.Keputusan kajian menunjukkan terdapat dua kelas debunga iaitu tri-zono-kolpat dan tri-zono-kolporat.Kesemua spesies kajian mempunyai debunga bersaiz kecil (10-25 µm) dan mempunyai debunga bentuk sferoid kecuali Rhizophora x lamarckii dengan bentuk subprolat.Dua corak hiasan eksin ditemui pada genus Bruguiera iaitu skabrat-perforat (B.cylindrica, B. parviflora.B. hainesii dan B. sexangula) dan psilat-skabrat (B.gymnorhiza).Genus Ceriops dan Rhizophora stylosa mempunyai hiasan eksin perforat manakala R. apiculata dan R. mucronata mempunyai corak eksin perforat-retikulat.Kekunci dikotomi pengecaman spesies dan genus telah dibina berdasarkan keputusan kajian.Secara kesimpulan, ciri morfologi debunga mempunyai nilai taksonomi terutamanya untuk pembezaan dan pengecaman spesies dan genus bagi famili Rhizophoraceae.
OpenAlex reports 2 citations for this work. Citation counts describe recorded attention and do not establish research quality.
A contribution statement is not available in the OpenAlex record.
Method details are not available in the OpenAlex metadata.
Findings are not separately available in the OpenAlex metadata.
Limitations are not available in the OpenAlex metadata.
Application details are not available in the OpenAlex metadata.
Famili Rhizophoraceae ialah famili tumbuhan utama di hutan paya bakau dengan 16 genus dan 120 spesies dan di Semenanjung Malaysia terdapat tujuh genus dan 17 spesies.Kajian palinologi masih kurang dijalankan di hutan paya bakau untuk melihat kepentingan ciri morfologi debunga dan adaptasinya terhadap persekitaran.Objektif kajian ini ialah untuk menyenaraikan ciri umum, variasi dan ciri diagnosis morfologi debunga antara spesies dan genus dalam famili Rhizophoraceae di Semenanjung Malaysia.Kaedah kajian melibatkan teknik asetolisis, pencerapan di bawah mikroskop cahaya dan mikroskop imbasan elektron.Keputusan kajian menunjukkan terdapat dua kelas debunga iaitu tri-zono-kolpat dan tri-zono-kolporat.Kesemua spesies kajian mempunyai debunga bersaiz kecil (10-25 µm) dan mempunyai debunga bentuk sferoid kecuali Rhizophora x lamarckii dengan bentuk subprolat.Dua corak hiasan eksin ditemui pada genus Bruguiera iaitu skabrat-perforat (B.cylindrica, B. parviflora.B. hainesii dan B. sexangula) dan psilat-skabrat (B.gymnorhiza).Genus Ceriops dan Rhizophora stylosa mempunyai hiasan eksin perforat manakala R. apiculata dan R. mucronata mempunyai corak eksin perforat-retikulat.Kekunci dikotomi pengecaman spesies dan genus telah dibina berdasarkan keputusan kajian.Secara kesimpulan, ciri morfologi debunga mempunyai nilai taksonomi terutamanya untuk pembezaan dan pengecaman spesies dan genus bagi famili Rhizophoraceae.
Key concepts: Rhizophoraceae, Rhizophora, Kandelia candel, Bruguiera, Rhizophora mucronata, Botany, Biology, Mangrove