Keberkesanan Komunikasi Antara Jurulatih Dengan Atlit Universiti Pendidikan Sultan Idris Semas Amenyertai Kejohanan Sukan Antara Universiti Malaysia (masum), 2007
Tengku Fatimi Tengku Mira Mirza, Ahmad Roshdan
Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai dan melihat sejauh mana keberkesanan komunikasi antara jurulatih dengan atlit semasa pertandingan. Kajian ini dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Responden kajian ini terdiri daripada 90 orang iaitu 75 orang atlit dan 15 orang jurulatih yang mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jurulatih yang dipilih adalah dari kalangan mereka yang terlibat dalam melatih atlit yang akan menyertai Kejohanan Sukan antara Universiti-universiti Malaysia (MASUM) bagi tahun 2007. Manakala atlit yang terlibat pula adalah yang menyertai kejohanan Sukan antara UniversitiUniversiti Malaysia (MASUM) dalam sukan berpasukan. Penyelidikan dijalankan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan maklumat-maklumat dan data kajian. Data yang diperolehi ditabulasi mengikut peratusan dari aspek-aspek yang ditentukan dan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujudnya keberkesanan komunikasi antara jurulatih dan atlit semasa pertandingan. Keputusan yang dibuat secara kelebihan peratusan dari setiap aspek yang dikaji. Kesimpulan dari kajian ini adalah berdasarkan dari analisis data yang diperolehi.
A significance statement is not available in the OpenAlex record.
A contribution statement is not available in the OpenAlex record.
Method details are not available in the OpenAlex metadata.
Findings are not separately available in the OpenAlex metadata.
Limitations are not available in the OpenAlex metadata.
Application details are not available in the OpenAlex metadata.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai dan melihat sejauh mana keberkesanan komunikasi antara jurulatih dengan atlit semasa pertandingan. Kajian ini dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Responden kajian ini terdiri daripada 90 orang iaitu 75 orang atlit dan 15 orang jurulatih yang mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jurulatih yang dipilih adalah dari kalangan mereka yang terlibat dalam melatih atlit yang akan menyertai Kejohanan Sukan antara Universiti-universiti Malaysia (MASUM) bagi tahun 2007. Manakala atlit yang terlibat pula adalah yang menyertai kejohanan Sukan antara UniversitiUniversiti Malaysia (MASUM) dalam sukan berpasukan. Penyelidikan dijalankan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan maklumat-maklumat dan data kajian. Data yang diperolehi ditabulasi mengikut peratusan dari aspek-aspek yang ditentukan dan dihuraikan secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujudnya keberkesanan komunikasi antara jurulatih dan atlit semasa pertandingan. Keputusan yang dibuat secara kelebihan peratusan dari setiap aspek yang dikaji. Kesimpulan dari kajian ini adalah berdasarkan dari analisis data yang diperolehi.
Key concepts: General education, Humanities, Physics, Sociology, Pedagogy, Art