FLORAL BIOLOGY AND BREEDING SYSTEM OF JATROPHA CURCAS IN NORTH-WESTERN INDIA
Kirandeep Kaur, G. P. S. Dhillon, R. I. S. Gill
Abstract

KAUR K, DHILLON GPS & GILL RIS. 2011. Biologi bunga dan sistem pembiakan Jatropha curcas di barat laut India. Kajian tentang biologi bunga yang dijalankan di Ludhiana (daerah dataran tengah Punjap, India) menunjukkan bahawa Jatropha curcas berbunga pada dua musim iaitu April hingga Jun and Julai hingga November. Bunga jantan dan betina kembang 7 hari hingga 10 hari selepas kudup terbentuk. Pembuahan kelihatan 26.5 hari hingga 30.2 hari selepas pembentukan kudup. Kejadian buah berjulat antara 37.0% hingga 61.6% dan antesis bunga jantan dan betina berlaku masing-masing antara pukul 6.00 pagi hingga 7.00 pagi dan 7.00 pagi hingga 8.00 pagi. Pembengangan cepu debunga berlaku selepas pukul 8.00 pagi. Bunga bersifat uniseks dan bunga jantan dan betina dihasilkan pada jambak yang sama. Bagaimanapun bunga betina lebih besar daripada bunga jantan. Nisbah bunga jantan kepada bunga betina ialah 13.4:1. Min jumlah debunga bagi setiap cepu debunga ialah 122.3 dengan julat antara 61.9 hingga 195.1. Min kebolehhidupan debunga ialah 71.6%. Keputusan sistem pembiakan menunjukkan kejadian buah sebanyak 93.2%, 72.2%, 36.2% dan 79.2% masing-masing dalam pendebungaan silang, pendebungaan sendiri, apomiksis dan pendebungaan bebas.
OpenAlex reports 42 citations for this work. Citation counts describe recorded attention and do not establish research quality.
A contribution statement is not available in the OpenAlex record.
Method details are not available in the OpenAlex metadata.
Findings are not separately available in the OpenAlex metadata.
Limitations are not available in the OpenAlex metadata.
Application details are not available in the OpenAlex metadata.
KAUR K, DHILLON GPS & GILL RIS. 2011. Biologi bunga dan sistem pembiakan Jatropha curcas di barat laut India. Kajian tentang biologi bunga yang dijalankan di Ludhiana (daerah dataran tengah Punjap, India) menunjukkan bahawa Jatropha curcas berbunga pada dua musim iaitu April hingga Jun and Julai hingga November. Bunga jantan dan betina kembang 7 hari hingga 10 hari selepas kudup terbentuk. Pembuahan kelihatan 26.5 hari hingga 30.2 hari selepas pembentukan kudup. Kejadian buah berjulat antara 37.0% hingga 61.6% dan antesis bunga jantan dan betina berlaku masing-masing antara pukul 6.00 pagi hingga 7.00 pagi dan 7.00 pagi hingga 8.00 pagi. Pembengangan cepu debunga berlaku selepas pukul 8.00 pagi. Bunga bersifat uniseks dan bunga jantan dan betina dihasilkan pada jambak yang sama. Bagaimanapun bunga betina lebih besar daripada bunga jantan. Nisbah bunga jantan kepada bunga betina ialah 13.4:1. Min jumlah debunga bagi setiap cepu debunga ialah 122.3 dengan julat antara 61.9 hingga 195.1. Min kebolehhidupan debunga ialah 71.6%. Keputusan sistem pembiakan menunjukkan kejadian buah sebanyak 93.2%, 72.2%, 36.2% dan 79.2% masing-masing dalam pendebungaan silang, pendebungaan sendiri, apomiksis dan pendebungaan bebas.
Key concepts: Biology, Botany, Forestry, Geography